Saturday, 9 April 2011

Sepi - Bahagia - Sayang

Mulanya aku berada di suatu lorong di hujung dunia..
Lorong yang sepi.. Tak berpenghuni..
Yang ada hanya beberapa burung riang berterbangan..

Sedang aku berjalan, aku menemui 1 kawasan yang sering berpenghuni..
Kawasan Kebahagiaan..
Mereka yang berada di situ amat bahagia..
Jika datang dengan jiwa sedih.. Apabila pulang pasti mereka bahagia..
Berjumpa.. Bergurau mesra..

Sampai satu saat, aku kembali tersadai di lorong sepi tersebut..
Tidak tahu mana salah dan silapnya..
Tidak tau macam mana aku kembali lagi ke situ..

Setelah berusaha mencuba..
Aku berjaya menarik diri aku dari lorong sepi itu..
Kini aku berada di kawasan kasih sayang..
Perasaan sayang mula menular dalam diri..
Aku bahagia..

Apakan daya semua tu tak kekal lama..
Kini aku kembali lagi ke lorong sepi..
Tidak berpenghuni.. 
Hanya berteman sepi..

Adakah selamanya aku akan di lorong sepi ini???
Biarkan la aku pergi..
Terlalu lama aku berada di situ..

Saturday, 2 April 2011

Life must go on..

Bukan semua yang kita nak, kita dapat..
Bukan semua yang kita dapat adalah apa yang kita nak..

Bukan semua orang yang kita sayang, menyayangi kita..
Bukan semua yang menyayangi kita adalah yang kita sayang..

Bukan semua cinta yang kita perolehi adalah cinta yang kita impikan..
Bukan semua cinta yang kita impikan, kita perolehi..


KALAU KITA SAYANG SESEORANG TU..
LEPASKAN DIA PERGI..
KALAU DIA KEMBALI..
DIA MILIK KITA..
KALAU TAK.. BERMAKNA..
DIA DILAHIRKAN BUKAN UNTUK KITA..

Wednesday, 30 March 2011

Pesanan untuk kaum Adam!!

Pesanan ni hanya untk Kaum Adam sahaja..
Ye.. Kaum aku la tu.. Sebab tu aku nak bagi pesanan..

Bro.. Kalau korang bercinta, serius la dengan awek korang tu..
Kalau setakat rasa nak main2 tu, cari perempuan yang memang nak main2 jugak..
Tolong la !!!!!!!!!
Ramai je perempuan yang memang nak kapel main-main kat luar tu..
Cari je.. Berlambak..
Jangan la nak cari yang betul2 setia dan baik..

Kalau korang nak tau, sebab segelintir dari kaum Adam yang macam korang ni la..
Segelintir lagi kaum Adam macam aku tersiksa..

Aku malas nak buat ayat berbunga2..
Nanti ada pulak yang tak paham apa aku sampaikan..
Kalau terasa tu bagus la.. Memang aku nak korang terasa pun..
Korang terasa means korang buat la kan..

Masuk ni dah dua kali aku kena..
Yang first awek kena kebas..
Yang sekarang ni trauma dengan lelaki..

Sebelum ni waktu aku dipaksa bercinta tu, takde pulak awek aku nak kena kebas..
adoooi.. Tak tau nak cakap pe dah..

Ingat la.. 

PEREMPUAN BUKAN UNTUK DIPERGUNAKAN..
TAPI UNTUK DIKASIHI DAN DISAYANGI..

P/S : pinjam ayat awak sikit ye..




Monday, 28 March 2011

Republik - Izinkan aku mencintaimu

Sungguh Benar ku cintaimu..
meski kau tak anggap ku ada..
ku tak akan memintamu..
untuk mencintaiku..

ku tak berharap kau cintaiku..
ku tak berharap kau balas cintaku..
yang ku harap kau izinkan aku 
mencintaimu..

cinta ini sudah terlanjur..
ku miliki dari dirimu..
biarkan cintaku bersamu..
meski ragaku tak bisa bersamamu..

ku tak berharap kau cintaiku..
ku tak berharap kau balas cintaku..
yang ku harap kau izinkan aku 
mencintaimu..

cinta ini sudah terlanjur..
ku miliki dari dirimu..
biarkan cintaku bersamu.. 
meski ragaku tak bisa bersamamu..

Hoohooouuuooo.. Hoouuuoooo.. hooouuuuoooo..

DOWNLOAD LINK - CLICK HERE

p/s : This song is for you.. 
You know who you are..

Sunday, 27 March 2011

Apa patut aku buat??

aku fall in love for the 2nd time..

Apa patut aku buat??
Dia kata dia trauma kat lelaki.. 
Tapi sampai bila?? 
Macam mana aku nak buat dia paham yang aku betul2 sayang kat dia??

Aku tau dia tak suka perangai aku semenjak dua ni..
Kalau dulu aku dengan kepala senget aku..
Tapi sekarang aku agak serious dan tak senget..

Kenapa aku jadi macam ni??
Sebab aku agak serabut..
Kenapa dia tak boleh nak paham aku..
Agak2 dia tau tak apa yang aku rasa??

Sekarang ni aku rasa macam aku terhegeh-hegeh sangat kat dia..
Sedangkan dia buat endah tak endah je kat aku..
Korang pernah rasa tak perasaan tu??
Sangat sangat sangat BODOH!!

Aku janji tak nak kacau dia.. Tak nak mesej dia, fb, skype..
Tapi.. Boleh tak dia paham AKU TAK BOLEH!!!!

AKU ASYIK TERINGAT KAT DIA..
TOLONG LA PAHAM YANG SAYA SAYANG KAT AWAK..
CAKAP LA APA YANG PATUT CHIP BUAT..

Monday, 21 March 2011

kenapa aku jadi blogger??

Kenapa?? Kenapa??
Kenapa aku jadi blogger?? 
Buang tabiat ke??

Hahaha.. Mestilah tak..
Nak kentut pon ada sebab, ni kan pulak jadi blogger..

Semalam sebelum nak tidur, tiba-tiba aku teringat..
Bulan lepas tak silap aku.. Aku join 1 group blogger kt facebook..
Memang aku takde blog waktu tu tapi aku ada 1 blog fan page kat facebook ni..
Aku nak promote kat blogger lain la kiranya..


Masa aku kat group tu, memang aku tak betul la..
Giler sempoi group tu..
Hari-hari aku ketawa sorang-sorang layan kepala senget bloger-blogger kat situ..
Sampai aku yang senget ni pon bertambah senget..
Actually ktorang tak kenal 1 sama lain pun.. Tapi borak-borak macam dah lama jumpa..
Tu part yang happy..


Part yang sedih nye..
Aku tak lama pon dowh kat group tu..
kena BANNED.. Hahaha..
Jahat tak aku?? Jahat tak??
Jahat kan.. Hahahah..


Nak tau sebab apa aku kena banned??
Ada la hamba Allah ni.. Dia admin group tu..
Dia syak aku ni stalker.. Semata-mata sebab aku takde blog sendiri..
Rasa nak keluar je kat mulut aku cibai.. Damn!!
Tapi nasib baik tak keluar.. Sebab aku ingat lagi mak aku pesan masa aku sekola dulu..

"Angah, jangan cepat nak maki orang.. Fikir dulu.. Mungkin ada sebab kenapa dia fikir kita macam tu..
Kita tak boleh fikir dari pihak kita je.. Kena fikir pihak dorang gak.. 
Kalau kita rasa ada yang tak suka dekat kita, kita tanya dia kenapa.. Tak salah tanya.. Tak hina pon kita.. Tak kan jatuh pon maruah kita nak.. Ingat pesan mama ni sampai bila-bila.. Walau satu hari nanti mama dah takde"..

Sebab nasihat mak aku tu yang aku pegang sampai sekarang la aku tak rasa marah + dendam pon kat hamba Allah tu.. Aku buat macam apa yang mak aku pesan.. Apa-apa aku tak puas hati, aku terus tanya..
Tapi tu la.. Aku rasa macam nak je cakap kat mak aku..


"Mama.. Orang sekarang bukan macam dulu.. Kalau kita tanya, dia kata tu hak dia.. 
Kita tak boleh campur.. Dia kata kita emo.. Kuat merajuk.. Macam-macam dia akan cakap mama..
Mungkin zaman sekarang ni lebih baik berdiam diri je mama.. Tak puas hati pon diam je.."


NOTA UNTUK KAU WAHAI HAMBA ALLAH YANG AKU MAKSUD KAN :


Disebabkan aku takde blog kau anggap aku stalker kan..
Hah.. Ni blog aku.. Kalau kau masuk jangan lupa follow ye.. Hahaha..
Kau patut bangga tau.. Kira sekarang ni kau seorang blogger yang berjaya..
Sebab kau berjaya menarik seorang lelaki biasa menjadi seorang blogger..
Clap for you..
Beb.. Gua nak cakap yang gua memang takde simpan perasaan marah or dendam dekat lu..
Sikit pon takde..
Gua nak mintak maaf dekat lu kalau gua ada buat salah dekat lu..
Gua harap dimaafkan.. Chill..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...